Razer PBT Keycap Upgrade Set boleh dipasangkan pada papan kekunci mekanikal dan optikal.
Razer telah melancarkan aksesori terbaru khsusus untuk pengguna papan kekunci Razer bagi menukar set warna papan kekunci mereka.
Razer PBT Keycap Upgrade Set itu ditawarkan dalam 4 warna pilihan iaitu Classic Black, Razer Green, Quartz Pink atau Mercury White.
Setiap set aksesori itu berharga USD29.99. Razer menyatakan PBT keycap papan kekunci mereka ini adalah lebih tahan lasak dari keycap yang diperbuat daripada bahan ABS atau PVS. Ini kerana PBT adalah bahan thermoplastic gred tinggi yang lebih berkualiti.
Razer PBT Keycap Upgrade Set ini boleh dipasangkan pada semua model papan kekunci Razer termasuklah Huntsman Elite, Huntsman Gear 5 Edition dan Blackwidow.
Tetapi Razer menyatakan aksesori ini juga boleh dipasangkan pada papan kekunci mekanikal atau optikal standad 104/105 US atau UK.
Untuk info lebih lanjut layari laman muka rasmi Razer PBT Keycap Upgrade Set.
Berkaitan
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- PUMA Lancar Pakaian Dan Aksesori Sukan Bertema One Piece, Harga Bermula RM129
- Stor Apple Malaysia Tawar Aksesori Tali Jam Baru Untuk Apple Watch
- Razer Toaster Bakal Menjadi Realiti
- Razer Melancarkan Tetikus Khusus Untuk Pengguna Kidal
- Elevation Lab Melancarkan Aksesori FamilyCharger
- Aksesori Terbaru dari Anker Untuk Kamera iPhone 11 dan iPhone 11 Pro
- Razer Menghasilkan Minuman Tenaga Khusus Untuk Pemain Tegar Permainan Video
- Nothing Lancar Aksesori Pakaian Pula, Harga Bermula RM199
- Viper Mini - Tetikus 'Gaming' Terbaru Dan Paling Ringan Dari Razer