Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Bateri Telefon Pintar Wajib Mudah Ditukar Ganti Menjelang 2027

Rasmi, Bateri Telefon Pintar Wajib Mudah Ditukar Ganti Menjelang 2027

Diterbitkan Julai 14, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang usaha Parlimen Eropah (EU) yang mahu mengembalikan bateri telefon pintar untuk mudah ditukar sepertimana telefon mudah alih dahulu.

Dalam minggu ini, Majlis Eropah kini dilaporkan bahawa mereka secara rasmi bersetuju untuk menguatkuasakan peraturan baru itu.

Ini bermakna mana-mana pengeluar telefon pintar seperti Apple, Samsung, Huawei dan pengeluar-pengeluar telefon pintar lain mesti menghasilkan model telefon pintar dengan bateri yang boleh ditanggal untuk memudahkan pengguna menggantikannya menjelang 2027.

Tempoh pelaksanaan undang-undang itu akan memberi OEM masa yang cukup untuk mereka bentuk semula produk mereka.

Undang-undang baharu itu menyatakan, khususnya, bahawa pengguna sepatutnya boleh menggantikan bateri dalam telefon mereka tanpa sebarang kepakaran atau alatan khas.

Pelaksanaan undang-undang ini juga dijangka akan memberi kesan terhadap peranti-peranti lai termasuklah tablet, komputer riba, EV, e-basikal dan lain-lain yang dilengkapi dengan bateri boleh dicas semula.

Berkaitan

  • Eropah Dilaporkan Merancang Menguatkuasakan Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Lebih Mudah Ditukar
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • SuperCharger Tesla Akan Tersedia Di 6 Negeri

Sumber: Android Authority

Imej utama: JerryRigEverything

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY