China Sudah Rancang Untuk Melancarkan Rangkaian 6G Menjelang Tahun 2029

Akademi Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi China dan Liu Lihong, Timbalan Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat mengatakan China telah membina rangkaian 5G terbesar di dunia.

Kini, mereka telah merancang untuk melancarkan rangkaian 6G menjelang tahun 2029. Buat masa sekarang, terdapat 718,000 stesen pangkalan 5G telah dibina di China dimana pembinaan rangkaian 5G secara besar-besaran akan berlaku dalam tempoh empat tahun akan datang.

Tambahan lagi, sebanyak 519 peranti yang dilancarkan di China telah pun menerima sokongan rangkaian 5G dan Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi itu turut menjangkakan lebih daripada 3200 peranti 5G akan hadir buat pasaran menjelang tahun 2025.



Pakar berpendapat bahawa rangkaian 6G akan dapat mengatasi prestasi 5G sebanyak 10 hingga 100 kali ganda dan kelajuan transmisi puncak 6G akan mencapai 100Gbps hingga 1Tbps.

Perkembangan rangkaian 5G telah pun bergerak dengan pantas dan kebanyakan negara sudah pun mempunyai rancangan untuk 5G.

Malah, beberapa pengeluar terkemuka seperti Google dan Apple sudah mempunyai pasukan untuk melihat apa yang akan ditawarkan melalui rangkaian generasi seterusnya iaitu 6G.



Apa yang pasti, Amerika Syarikat sudah tentu tidak mahu kalah dengan China dalam perlumbaan rangkaian 6G ini.

Terdahulu, China sudah pun melancarkan percubaan satelit 6G pertama dunia yang mana rangkaian ini akan 100 hingga 500 lebih pantas daripada 5G. Namun, teknologi ini kita tidak dapat lihat dalam masa terdekat ini.

Sumber: gizchina