Rangkaian 3G Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada Akhir 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembangunan sebuah pelan infrastruktur digital dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).

Seiring dengan itu, kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan pelan tindakan ini akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021.

Pada masa ini, rangkaian 2G dan 3G masih digunakan oleh penduduk yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar. Dengan penamatan sepenuhnya rangkaian 3G pada akhir 2021, ia bertujuan untuk memantapkan lagi rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.

Mengimbau kembali, rangkaian 3G mula diperkenalkan secara meluas di Malaysia pada tahun 2005.

Adakah anda mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang menggunakan rangkaian 3G? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Perdana Menteri