Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA Diumumkan, Inisiatif Untuk Tambah Baik Komunikasi Digital Negara

JENDELA Diumumkan, Inisiatif Untuk Tambah Baik Komunikasi Digital Negara

Diterbitkan Ogos 30, 2020 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan komunikasi untuk membangunkan pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan rakyat. Pelan yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Pelan yang dirangka melalui sesi makmal ini akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar berkualiti tinggi di seluruh negara disamping mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G. Ia akan dilaksanakan secara berfasa dimana Fasa 1 telah pun dimulakan.

Bagi Fasa 1, ia melibatkan beberapa perkara berikut:

  • Memperluaskan liputan jalur lebar muah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk.
  • Mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps.
  • Membolehkan 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.
JENDELA digital negara
BERNAMA

Setelah platform yang kukuh dalam Fasa 1 dapat dicapai, Fasa 2 yang melibatkan peralihan kepada 5G akan menyusul. Ia selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.

Selain itu, ia juga akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak dengan pelaksanaan JENDELA dari tahun 2020 sehingga 2022.

JENDELA Diumumkan, Inisiatif Untuk Tambah Baik Komunikasi Digital Negara

Pelan tindakan JENDELA ini akan menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan dan kualiti perkhidmatan bagi membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pengguna pada kadar lebih segera.

Ianya akan turut dipantau bagi memastikan pelan ini dapat dilaksanakan dengan baik di seluruh negara.

Sumber: Perdana Menteri via BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY