Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ikuti 3 Langkah Ini Untuk Elak Mudah Ditipu Di Dalam Talian

Rakyat Malaysia Senang Kena Tipu Dengan Panggilan Telefon

Diterbitkan Disember 30, 2021 · Dikemas kini Disember 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Satu hari lagi sebelum kita masuk ke tahun baharu, tahun 2022 tetapi masih ramai yang tidak berubah. Salah satunya adalah mudah tertipu dengan scammer.

Berdasarkan data terbaru yang dikongsikan Truecaller, Malaysia bukanlah berada dalam senarai 20 negara yang paling banyak menerima panggilan spam.

Namun, secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-32 dunia di mana purata panggilan spam yang diterima rakyat kita adalah sebanyak 3.5 panggilan sebulan.

Menerusinya, 99% panggilan tersebut sebenarnya datang dari nombor tempatan. Sementara 1% lagi pula luar negara. Tambahan lagi, lebih 16.8% panggilan spam itu merupakan panggilan scam.

Statistics | Number of Spam Calls in Malaysia (Jan 2021- Oct 2021)

Sebenarnya, panggilan spam yang diterima ini hadir dalam beberapa bentuk dan format. Salah satu panggilan spam yang sering diterima adalah bertujuan menjual produk yang tidak diingini pengguna. Ini termasuk panggilan promosi, telepemasaran, kaji selidik, perkhidmatan, panggilan politik dan pelbagai lagi.

Selain itu, terdapat juga panggilan yang berunsurkan ‘pranks’, perkhidmatan kewangan dan juga robocalls. Akhir sekali, panggilan spam yang bertujuan untuk scam.

Panggilan scam ini yang paling bahaya kerana masih ramai rakyat Malaysia yang ‘tumpas’ oleh scammer. PDRM sendiri juga menyatakan pada Mac tahun 2021, sebanyak 1392 kes yang diterima dengan melibatkan kerugian sehingga RM38,198,730.01.

Oleh yang demikian, diharapkan rakyat Malaysia lebih berhati-hati pada tahun 2022 nanti agar tidak mudah tertipu dengan scammer. Lebih-lebih lagi masa sekarang banyak urusan yang dilakukan secara dalam talian.

Sumber: Siaran Akhbar Truecaller

Baca juga:

  • Truecaller: 97% Daripada Panggilan Scam Datang Dari Nombor Tempatan

  • Ikuti 3 Langkah Ini Untuk Elak Mudah Ditipu Di Dalam Talian

  • Ini Cara Elak Ditipu Ketika Beli-Belah Di Shopee

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY