Setiap individu di Malaysia pasti pernah menerima panggilan scam dan kegiatan ini sudah lama berleluasa di negara ini. Menurut statistik PDRM, sebanyak 5218 kes scam telah dilaporkan antara Januari hingga Oktober 2020 yang mengakibatkan kerugian sehingga RM256 juta.
Truecaller iaitu peneraju aplikasi ID Pemanggil dan penghalang scam dari Sweden mendedahkan bahawa 97% daripada panggilan scam adalah daripada nombor tempatan.
Tambahan lagi, data tersebut juga menunjukkan bahawa panggilan spam yang berkait dengan perkhidmatan kewangan (95%) dan insurans (50%) telah meningkat sejak setahun yang lalu dimana hampir setiap panggilan spam berkait dengan scam atau pun penipuan.
Warga tua, kanak-kanak dan suri rumah antara golongan yang sering menjadi sasaran. Anda juga pasti tahu perkara ini dimana sindiket penipuan akan menyamar sebagai orang yang tersayang dan pihak berkuasa untuk mengeksploitasi mereka.
Dengan perbualan yang singkat, golongan ini akhirnya terjerat dengan sindiket ini dan akhirnya memberikan wang simpanan mereka dengan mudah.
Anda boleh memasang aplikasi Truecaller pada peranti bagi mengenal pasti dan menapis panggilan serta mesej yang tidak dikenali dari mana-mana lokasi di dunia.
Truecaller boleh dimuat turun melalui Google Play dan juga Apple App Store.