Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720

Cip Snapdragon siri 700 mula diperkenalkan pada Mei lalu bertujuan membantu pengeluar telefon pintar membawakan ciri dan fungsi terbaik yang sebelum ini hanya terhad kepada siri Snapdragon 800 sahaja.

Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 dan Snapdragon 730, dan kali ini, timbul pula Snapdragon 720.



Difahamkan kewujudan Snapdragon 720 adalah untuk merapatkan jurang antara Snapdragon 710 serta Snapdragon 730.

Bayangan kehadiran Snapdragon 720 mula ditemui pada tweet oleh @MMDJ/. Akaun ini sering tampil dengan bocoran tetapi tweet kali ini cukup ringkas, "SDM720".



Buat masa sekarang, khabar angin hanya bermain pada nama model cip sahaja sementara spesifikasi teknikal masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan cakap-cakap dari pemerhati, Snapdragon 720 mungkin memiliki ciri NPU sama seperti Snapdragon 730 dan dibangunkan pada senibina sama seperti Snapdragon 710 iaitu 10nm tetapi dengan kelajuan yang dipertingkatkan.

Snapdragon 710 sudah dilengkapkan pada peranti Mi 8 SE, manakala Snapdragon 730 masih belum ditawarkan pada mana-mana peranti.

Sumber: Wccftech