Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dims (2)

Qualcomm Jangkakan 2 Telefon Pintar Berkemampuan 5G Untuk Tahun Hadapan

Diterbitkan Oktober 23, 2018 oleh Wiser MY

Rangkaian 5G telah diungkapkan berkali-kali sebelum ini dan Malaysia, negara tidak terkecuali dalam menantikan rangkaian radio berkelajuan tinggi yang dikatakan mampu mengubah cara manusia dan mesin berkomunikasi.

Dari sudut telefon pintar, Qualcomm antara gergasi yang berada di barisan hadapan bagi membolehkan teknologi ini dapat digunakan dengan kadar segera untuk rangkaian telefon pintar di pasaran akan datang.

dims (1)

Bercakap di kemuncak 4G/5G yang diadakan di Hong Kong, Presiden Qualcommm, Cristiano Amon mendedahkan yang mereka menjangkakan sekurang-kurangnya 2 peranti telefon pintar kelas perdana yang berkemampuan menggunakan rangkaian 5G pada tahun 2019.

Pasaran boleh menjangkakan peranti 5G itu muncul seawal-awalnya pada suku tahun pertama 2019 dan yang kedua pada suku terakhir tahun hadapan.

OEM telefon pintar besar dunia seperti Oppo, Vivo, dan Xiaomi telah mula menguji peranti 5G mereka walaupun belum ada tarikh akhir yang disebut. Sebagai permulaan, modem Qualcomm X50 5G telah memenuhi spesifikasi rangkaian 5G dan beberapa OEM komited menggunakan solusi dari Qualcomm di dalam peranti mereka.

Qualcomm Jangkakan 2 Telefon Pintar Berkemampuan 5G Untuk Tahun Hadapan

Nama-nama besar lain seperti Apple (sudah tentu), Samsung, dan Huawei tidak tersenarai membayangkan mereka akan menggunakan teknologi 5G tersendiri untuk peranti mereka.

Qualcomm mendapat kerjasama dari Ericsson dalam menghasilkan modul antena QTM052 mmWave yang lebih kecil berbanding model lama memungkinkan modul ini dapat digunakan oleh peranti yang lebih kecil seperti telefon pintar.

Itu sahaja perkembangan yang diketahui setakat ini dan kemampuan modem X50 5G mereka dalam penggunaan dunia nyata masih lagi menjadi tanda tanya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY