Qualcomm Dijangka Perkenal Snapdragon 888 Lite, Cip Andalan Lebih Murah

Setakat ini, banyak telefon pintar andalan yang telah dikuasakan cip terpantas Qualcomm menerusi Snapdragon 888. Selain prestasi yang cemerlang, ia juga tidak berapa 'mesra' dompet kerana harganya.

Namun, Qualcomm dikhabarkan mungkin akan memperkenalkan Snapdragon 888 Lite sebagai satu jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Menurut Roland Quandt, Snapdragon 888 Lite (SM8325) sedang dibangunkan dan perbezaan cip ini adalah modem 5G yang terbina.

Seperti yang diketahui, bukan semua negara yang mempunyai liputan 5G dan kemungkinanan teknologi tersebut akan mengambil masa lebih lama sebelum digunakan secara meluas.

https://twitter.com/rquandt/status/1368887813891104772?s=20

Ini bermakna, jenama telefon pintar mempunyai pilihan sama ada ingin menambah sokongan 5G atau melangkaunya bagi memastikan harga jualan lebih berpatutan.

Buat pengetahuan, hanya Snapdragon 888 sahaja yang wajib memerlukan modem Snapdragon X60 5G.

Meskipun begitu, tiada maklumat lain terutama prestasi cip ini didedahkan tetapi ia pasti hadir dengan binaan 5nm dimana lebih baik berbanding Snapdragon 870.

Dengan ini, adakah anda sanggup memiliki sebuah telefon pintar yang hadir dengan Snapdragon 888 Lite walaupun kekurangan sokongan 5G?

Mungkin telefon tersebut akan menjadi pilihan utama kerana harga mampu milik ditambah pula 5G masih lambat ditawarkan di Malaysia.

Sumber: XDA