Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Qualcomm Dan Ferrari Umum Kolaborasi Teknologi Untuk Kereta Masa Hadapan

Posted on Februari 10, 2022

Bukan sahaja menjadi syarikat berkaitan dengan telefon pintar, Qualcomm kini berkolaborasi dengan Ferrari untuk merealisasikan perubahan digital Ferrari. Qualcomm akan menjadi pembekal sistem untuk kereta Ferrari, pasukan Formula 1 Scuderia Ferrari dan e-sukan Ferrari pada masa akan datang.

Ferrari ingin memanfaatkan teknologi Snapdragon Digital Chassic dari Qualcomm pada kenderaan baharu mereka. Dengan ini, kenderaan generasi akan datang boleh disambungkan platform cloud. Sistem ini melibatkan telematik, sambungan dan kokpit digital yang membolehkan ia untuk mengemaskini pengalaman digital kereta tersebut.

Benedetto Vigna, CEO Ferrari percaya bahawa inovasi memerlukan kerjasama antara ketua pasaran. Beliau juga percaya, kerjasama ini dapat memberikan kemampuan besar pada industri automotif dalam teknologi digital web 3.0.

Qualcomm akan mula berkhidmat dengan pasukan Scuderia Ferrari Formula 1 pada permulaan musim perlumbaan Kejohanan Dunia Formula One FIA 2022 ini.

Sumber: Siaran Akhbar Qualcomm

Baca juga:

  • Hampir Satu Dalam Dua Individu Asia Tenggara Kena Scam Sebab ‘Online Dating’
  • Meta Nafi Ancam Untuk Tutup Facebook Dan Instagram Di Eropah
  • Microsoft Teams Kini Lebih Jimat Tenaga Sehingga 50%, Lebih Efisien Untuk Peranti Bajet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress