Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program Sekolah Tanpa Tunai Dicadangkan Pelaksanaan Lebih Meluas

PUSPAKOM Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

Diterbitkan Jun 9, 2022 oleh ariff bukhari

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) memaklumkan bahawa mereka tidak lagi akan menerima pembayaran secara wang tunai di semua 54 pusat pemeriksaan mereka di seluruh negara bermula 1 Julai 2022 ini.

Transaksi tanpa tunai itu melibatkan semua jenis pemeriksaan kenderaan.

PUSPAKOM Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

PUSPAKOM dalam satu kenyataan menyatakan, lebih 90% pelanggan mereka kini telah menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan mereka.

Malah transaksi urus niaga tanpa tunai juga didapati lebih menjimatkan masa dan selamat.

Berdasarkan semakan ke atas soalan lazim di laman PUSPAKOM, bayaran pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengesahkan temujanji.

Pelanggan boleh menggunakan kaedah bayaran secara Kad Kredit/ Debit atau Perbankan dalam Talian (FPX) atau PUSPAKOM E-Wallet.

Pendaftaran sebagai pengguna MyPUSPAKOM boleh dibuat melalui  laman sesawang MyPUSPAKOM www.mypuspakom.com.my

Atau menerusi aplikasi MyPUSPAKOM (hanya tersedia untuk peranti Android sahaja buat masa ini MyPuspakom – Android) dengan menggunakan akaun e-mel yang sah.

NEW CHANEL

Untuk sebarang info lanjut, sila layari laman rasmi MyPUSPAKOM

Baca juga:

  • Walaupun Memiliki Microsoft, Bill Gates Akui Guna Peranti Samsung
  • Cara Mengubah Warna Bagi Setiap Muka Surat Microsoft Words
  • UK Mula Laksana Eksperimen Tempoh Bekerja 4 Hari Seminggu, Gaji Kekal Sama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY