Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG 1

Pusat Operasi Pintar HUAWEI Akan Ditubuhkan Di UniKL BMI Untuk Tujuan R&D

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh Athirah Isa

Baru-baru ini, HUAWEI Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melalui kampus cawangannya yang dikenali sebagai UniKL Institut Malaysia British (UniKL BMI) akan bekerjasama dengan menandatangan memorandum persefahaman (MoU).

Di bawah kerjasama ini, Pusat Operasi Pintar HUAWEI (IOC) akan ditubuhkan di UniKL BMI untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan memberi kuasa kepada UniKL dengan keupayaan untuk menyediakan latihan jangka pendek.

Pada masa yang sama, HUAWEI Malaysia dan UniKL akan memulakan pertukaran akademik dan maklumat penyelidikan atau bahan khusus mengenai kawalan pemantauan banjir.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Siri HUAWEI Pura 70 Dan MateBook X Pro Kini Tersedia Untuk Dibeli

Penandatanganan MoU telah disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi semasa lawatannya ke ibu pejabat Huawei di Shenzhen, China.

UniKL adalah institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah Agensi di bawah bidang Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Serantau.

Hubungan Kerjasama UniKL dengan HUAWEI Malaysia kembali ke tahun 2012 apabila UniKL menjadi HUAWEI Makmal Pengajaran Universiti.

Matlamat utama kerjasama terkini dengan HUAWEI Malaysia adalah untuk mengukuhkan, mempromosikan, dan membangunkan kerjasama pembinaan kapasiti berdasarkan kesamaan dan manfaat bersama.

Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY