Bukan Dalam 'Game' Sahaja, Minecraft Kini Ada Dalam Dunia Realiti

Khas buat peminat permainan Minecraft, jenama sukan global PUMA telah berkolaborasi dengan Minecraft, hadir dengan paparan blok atau piksel berwarna-warni ikonik Minecraft pada siluet suede dan RS-Z PUMA.

Koleksi PUMA x Minecraft ini menampilkan rangkaian pakaian dan kasut untuk setiap peringkat umur. Tema yang diinspirasikan oleh Minecraft dapat dilihat pada baju, hoodie, seluar, dan kasut PUMA Suede yang diminati ramai.

PUMA x Minecraft Kapsyen: Sumber: PUMA


Rekaan pakaian dari koleksi ini didatangkan dengan palet warna yang menarik - putih, kelabu dan hitam - dihiasi dengan logo dan karakter Minecraft yang berwarna-warni. Tarikan utama dari koleksi ini adalah pada ocelot Minecraft, yang direplika dari logo "kucing melompat" jenama PUMA.


PUMA Suede Minecraft


Untuk memantapkan lagi koleksi ini, PUMA memilih untuk menggunakan model "signature"nya, PUMA Suede. Ia hadir dengan bahagian atas suede berwarna hijau, biru dan coklat berpiksel yang diinspirasikan oleh salah satu biom piksel Minecraft.

PUMA x Minecraft Kapsyen: PUMA Suede Minecraft. Sumber: Hypebeast


Di samping cetakan grafik pada jalur kasut yang bertemakan biom Minecraft, terdapat juga label penjenamaan kolaborasi ini pada lidah dan bahagian belakang tumit kasut.

PUMA x Minecraft Kapsyen: Lidah kasut PUMA Suede Minecraft. Sumber: Hypebeast


Turut disertakan dalam koleksi PUMA x Minecraft, kasut kanak-kanak dalam model PUMA Suede dan juga RS-Z.

PUMA x Minecraft Kapsyen: PUMA RS-Z Minecraft kanak-kanak. Sumber: Hypebeast


Seiring dengan pelancaran koleksi ini, pemain Minecraft boleh memuat turun PUMA DLC dari Minecraft Marketplace di Minecraft Bedrock Edition, di mana pemain boleh melawati kedai PUMA secara maya untuk menukar rupa karakter pemain, menyertai tiga perlumbaan berbeza untuk mengumpul trofi eksklusif serta menikmati beberapa kejutan menarik yang lain.

Koleksi PUMA x Minecraft akan dijual pada harga RM139 - RM519 dan tersedia secara rasmi mulai 19 Mac di PUMA.com, PUMA KLCC, PUMA Pavilion KL, PUMA Sunway Pyramid, dan PUMA Queensbay Mall.

Sumber: Siaran Akhbar PUMA, Hypebeast

Baca juga:

Berkaitan