Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PUBG MOBILE X Venom Bermula 18 Oktober Ini

Posted on Oktober 11, 2024Oktober 11, 2024

PUBG MOBILE mengumumkan kolaborasi menarik dengan filem Venom: The Last Dance, filem terakhir dalam trilogi Venom oleh Sony Pictures.

Kolaborasi ini bermula pada 18 Oktober 2024, akan memberi pemain peluang untuk merasai kuasa ikonik Venom melalui pelbagai ciri dalam permainan dan ganjaran eksklusif bertemakan Venom.

Dalam kolaborasi ini, pemain PUBG MOBILE boleh mengakses beberapa ciri unik yang membolehkan mereka menggunakan kekuatan simbiot Venom di medan pertempuran.

Berikut adalah antara ciri-ciri menarik yang boleh dinikmati oleh pemain:

Black Symbiote Arm membolehkan pemain boleh mengubah lengan mereka menjadi simbiot yang memberi kemampuan pergerakan istimewa. Ia membolehkan pemain menarik musuh atau objek dari jauh, serta melancarkan diri mereka ke lokasi yang lebih jauh dengan mudah.

Black Symbiote Warhorses membolehkan pemain yang mempunyai Black Symbiote Arm boleh menukar kuda atau Warhorses di sekitar mereka menjadi Black Symbiote Warhorses, memberikan mobiliti tambahan di peta. Pemain juga boleh menggunakan Black Symbiote Lance untuk serangan jarak dekat atau lemparan yang mampu menjerat musuh.

Black Symbiote Clusters membolehkan peta-peta seperti Erangel, Sanhok, Miramar, dan Livik kini mempunyai Black Symbiote Clusters yang membolehkan pemain mendapatkan Black Symbiote Arm dan Warhorses dengan lebih mudah.

Bermula 25 Oktober hingga 10 November 2024, pemain boleh menyertai acara bertemakan Venom dan memenangi pelbagai ganjaran eksklusif seperti:

  • Venom: The Last Dance Avatar
  • Venom: The Last Dance Avatar Frame
  • Venom: The Last Dance Parachute
  • Venom: The Last Dance Home Statue

Kolaborasi ini memberikan pengalaman unik di mana pemain dapat merasai kehebatan Venom dalam permainan mereka. Dengan pelbagai ciri menarik dan ganjaran yang menanti, acara ini pasti menjadi kegemaran para peminat PUBG MOBILE dan Venom.

Kemas kini terbaru tersebut akan berlangsung dari 18 Oktober hingga 10 November 2024.

{suggest}

Sumber : Siaran media PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress