Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ultimate Royale_KV (1)

PUBG MOBILE Perkenal Ultimate Royale, Mod ‘Ranked’ Untuk Pemain ‘Crown’

Diterbitkan September 26, 2024 oleh Rushsyafizal

PUBG MOBILE telah melancarkan mod baharu yang dikenali sebagai Ultimate Royale, membawa pengalaman permainan ke tahap yang lebih tinggi dengan sentuhan kompetitif yang mirip kejohanan e-sukan profesional.

Mod berintensiti tinggi ini dibuka kepada pemain yang telah mencapai ‘tier Crown’ atau lebih tinggi dalam mana-mana mod semasa atau musim sebelumnya. Bermula pada 23 September 2024, Ultimate Royale hadir dengan sistem pemarkahan unik, ganjaran eksklusif, dan hanya tersedia untuk jangka masa terhad di setiap wilayah utama.

Dalam Ultimate Royale, pemain boleh membentuk pasukan mereka sendiri atau menggunakan padanan automatik. Mod ini dimainkan secara Third-Person Perspective (TPP) Squad, menggunakan peta ikonik seperti Erangel atau Miramar dengan cuaca cerah. Pemilihan peta dilakukan secara rawak untuk setiap perlawanan.

PUBG MOBILE Perkenal Ultimate Royale, Mod ‘Ranked’ Untuk Pemain ‘Crown’

Seperti dalam kejohanan e-sukan, setiap perlawanan terdiri daripada 16 pasukan, dengan 64 pemain bersaing untuk memenangi Winner Winner Chicken Dinner. Kadar munculnya bekalan juga mengikut piawaian e-sukan, di mana bilangan senjata, alat bidik, dan alat tambahan digandakan untuk pengalaman permainan yang lebih pantas dan sengit.

Ultimate Royale memperkenalkan lima peringkat baharu, iaitu Vanguard, Exceed, Supreme, Peerless, dan Legend. Setiap peringkat, kecuali Legend, mempunyai lima peringkat mini yang memerlukan 100 mata penilaian untuk melepasi setiap peringkat kecil. Setelah mencapai peringkat Legend atau lebih tinggi, pemain akan menerima medal apabila mereka naik ke peringkat mini berikutnya. Mata penilaian ini akan dikumpul mengikut wilayah utama pemain, dan pada permulaan musim baharu, sebahagian mata ini akan dibawa ke hadapan.

Ultimate Royale turut menawarkan peluang kepada pemain untuk memenangi ganjaran eksklusif. Pada akhir setiap musim, pemain akan diberikan ganjaran berdasarkan peringkat tertinggi yang dicapai sepanjang musim tersebut. Ultimate Royale kini tersedia untuk dicuba oleh pemain di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • CTO Mira Murati, Dua Eksekutif Penyelidikan Tinggalkan OpenAI
  • Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
  • Orion, Cermin Mata AR Pertama Meta

Sumber : Siaran Media Tencent Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY