Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7 Gen 1, Mungkin Prestasi Setanding Snapdragon 888

Qualcomm Sahkan Kemungkinan Eksploitasi Perisian Intip Dalam Peranti Android

Diterbitkan Oktober 10, 2024 · Dikemas kini Oktober 10, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas dilaporkan tentang penemuan kecacatan keselamatan yang diekspoitasi penggodam yang tidak diketahui oleh pembuat perkakasan apabila ia disalahgunakan  dalam berpuluh-puluh cip pemprosesannya yang ditemui dalam kebanyakkan peranti Android, Qualcomm telah mengesahkan perkara tersebut.

Qualcomm berkata, isu tersebut yang ditandakan sebagai CVE-2024-43047, “mungkin berada di bawah eksploitasi terhad dan disasarkan,”

“Terdapat petunjuk daripada Kumpulan Analisis Ancaman Google bahawa CVE-2024-43047 mungkin berada di bawah eksploitasi yang terhad dan disasarkan. Tampalan untuk isu yang menjejaskan pemacu FASTRPC telah disediakan kepada OEM bersama-sama dengan cadangan yang kukuh untuk menggunakan kemas kini pada peranti yang terjejas secepat mungkin.” Qualcomm

Laporan itu menyebut, cip pemproses Qualcomm yang terlibat adalah Snapdragon 660 dan model terbaru, modem 5G Qualcomm, FastConnect 6700, 6800, 6900, dan kit 7800 Wi-Fi/Bluetooth.

qualcomm 660
Snapdragon 660 telah dilancarkan pada Mei 2017 dahulu.

Ekoran itu, Qualcomm menggesa pembuat peranti yang menggunakan cip pemprosesnya untuk melaksanakan pembetulan yang telah dilancarkan oleh mereka untuk menampal kelemahan dalam perisian tegar (firmware) cip mereka tersebut.

Berkaitan

  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi

Sumber: The Register

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY