Prototaip iPhone Generasi Pertama Dilelong Di e-Bay

Sebuah model prototaip iPhone generasi pertama telah ditemui dalam laman beli-belah e-Bay baru-baru ini.



 

Dibuat pada tahun 2006, ia merupakan model yang diuji terlebih dahulu sebelum produk akhir dipasarkan pada tahun berikutnya.





Menurut pelelong, terdapat beberapa perbezaan antara model prototaip ini dengan produk akhir iPhone yang dijual dipasaran pada 2007 dahulu. Antaranya adalah...

  • Pelekat yang memaparkan Ver 1.1.1

  • Menjalankan beberapa perisian ujian termasuklah OS X dan Earthbound

  • Lebih berat (144.5 gram) berbanding iPhone normal (135 gram)

  • Berbeza bateri, komponen WiFi dan beberapa yang lain

  • Dibuat di pengkalan Apple iaitu di Cupertino, California. (Penghasilan besar-besaran iPhone di lakukan di China)

  • Nama kod rahsia adalah Project Purple, sebelum menggunakan nama iPhone.

  • Tersangat terhad, hanya beberapa model prototaip wujud.

  • Dicari-cari oleh ramai pihak yang berminat.




Bidaan yang dilaporkan tiga hari lepas sudah mencecah $31,100 (~RM 128000) dan ia dilaporkan semakin meningkat. Berdasarkan tinjauan hari ini, pautan kepada lelongan tersebut sudah tiada.

Sumber: Lowyat.net, e-Bay, 9to5Mac