Selepas mendedahkannya di Pameran SEMA 2026 di Las Vegas, DDPAI secara rasminya melancarkan siri kamera papan pemuka (dashcam) terbaharunya, DDPAI Z100 Series, di pasaran Malaysia.
Tersedia dalam 3 model iaitu Z100, Z100 Pro dan siri utamanya, model Z100 Master ini merupakan dashcam pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem kanta dwifokus (DualFocal system) serta apertur berubah pintar (Smart Variable Aperture).
Inovasi kanta dwifokus membolehkan kamera merakam paparan jarak jauh dan dekat dengan kejelasan optimum secara serentak.

Manakala fungsi apertur berubah pintar berkeupayaan menyesuaikan pencahayaan secara automatik mengikut persekitaran, sama ada dalam keadaan gelap atau terang.
Sekali gus menghasilkan kualiti imej yang tajam pada waktu siang mahupun malam.
Selain itu, siri Z100 turut menampilkan sistem dok bersepadu (integrated dock) serta kawalan tempat letak kereta 24/7 untuk perlindungan kenderaan yang lebih meyakinkan.
DDPAI Z100 Series ini kini boleh didapati menerusi Kedai Rasmi DDPAI Malaysia.
