Memetik laporan dari Amanz.my, laman jualan dalam talian tersebut telah mengumumkan satu program yang mana ia bakal membantu para peniaga membuka gedung dalam talian di platform berkenaan. Program yang diberi nama #EveryoneCanSell itu merupakan kerjasama antara beberapa pihak seperti, Lazada Malaysia, SSM, TM, Maybank, dan SME Corp.
Berdasarkan laporan itu, para peniaga yang mendaftar dengan program ini akan diberikan latihan khusus dalam menjalankan perniagaan secara dalam talian selain bakal menerima kemudahan pinjaman kewangan dari pihak Maybank, kemudahan internet dari TM, dan analisis perniagaan daripada Lazada.
Program #EveryoneCanSell menyasarkan penyertaan sehingga 50,000 peniaga menjelang tahun hadapan. Jelas sekali dengan wujudnya program seperti ini, Lazada ingin memperkuat kedudukan mereka sebagai platform e-dagang di Malaysia.
Klik untuk daftar Program #EveryoneCanSell
Sumber: Amanz.my
Berkaitan
- Google Maps Menjadi Lebih Mudah Dengan Arahan Bergambar Dari Google Street View
- Pernah Muat Turun 13 Aplikasi Permainan Ini? Peranti Anda Sudah Dijangkiti Malware
- SKMM Kongsikan Kaji Selidik Aktiviti Internet Pengguna Malaysia
- ZenFone Live - Peranti Android Go Pertama Dari Asus
- Uber Gantung Perkhidmatan Mereka Di Abu Dhabi
- Imej Rasmi Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Diperlihatkan
- Laman Weibo Dedah Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi Note 2
- Xiaomi Blackshark Dengan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Antutu
- Poco F1 Terima Android Pie Global Beta Melalui MIUI 10 Versi 8.11.15
- OnePlus 7 Pro Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Dan Paparan 6.67 Inci 90Hz