Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Produk Tempatan Ada Logo MySTI Diberi Keutamaan Dalam Perolehan Kerajaan

Produk Tempatan Ada Logo MySTI Diberi Keutamaan Dalam Perolehan Kerajaan

Diterbitkan Jun 30, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI).

Ia merupakan salah satu initiatif yang diwujudkan kerajaan bagi meningkatan kadar pengkomersialan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.

MOSTI menyatakan, program MySTI akan memberikan impak berganda kepada usaha pemulihan ekonomi negara melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu, meningkatkan keupayaan syarikat serta industri berasaskan teknologi tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada barangan import, dan sekaligus akan menambah baik kedudukan imbangan dagangan negara.

MySTI menyediakan platform inklusif yang menghubungkan antara Kerajaan,  penyelidik,  pemilik produk/teknologi,  teknopreneur, bakal pembeli, bakal pelabur, rakan kerjasama dan rakyat.

Inventori MySTI akan  menghimpunkan  barangan  dan  perkhidmatan hasil R&D tempatan yang telah diiktiraf dan bersedia untuk dikomersialkan.

Sekaligus produk syarikat berpeluang untuk berkembang dan boleh menarik minat pelabur melalui rekod pelaksanaan dan prestasi kontrak Kerajaan.

Permohonan penandaan logi dan pensijilan MySTI boleh dibuat di laman rasmi https://www.mysti.gov.my.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tuduh Foxconn Sengaja Tidak Ikut Stategi Dipersetujui, Pesaing Tesla Terpaksa Failkan Bankrap
  • ASUS Zenfone 10 Akhirnya Rasmi, Hadir Saiz Kompak 5.9 Inci

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY