Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi Cip Baharu Apple A15 Tertiris Di Geekbench

Pengeluaran Cip A15 Untuk iPhone 13 Dilapor Akan Bermula Mei Ini

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti sedia maklum, Apple akan menggunakan cip A15 bionic untuk barisan iPhone baharunya yang mungkin dinamakan iPhone 13.

Kini, laporan terbaru mengatakan pengeluaran cip tersebut akan bermula pada Mei ini dan Apple bakal memperkenalkan iPhone baharu sekitar bulan September.

Tambahnya lagi, cip A15 ini masih menggunakan seni bina yang sama pada A14, iaitu 5nm. Akan tetapi, Digitimes menyatakan pemprosesnya kali ini dipertingkatkan.

Bermakna, kecekapan tenaga serta prestasi dapat ditambah baik pada iPhone baharu adalah lebih baik berbanding barisan iPhone 12.

Apple Dan TSMC Dilapor Bekerjasama Untuk Pembangunan Cip 2nm

Dalam pada itu, Apple turut dikhabarkan telah menempah sejumlah bekalan besar cip 4nm dari TSMC yang mungkin digunakan pada tahun 2022.

Dengan ini, kita dapat lihat persaingan cip pemprosesan 4nm akan mula rancak bermula tahun hadapan.

Selain itu, tahun ini juga, Apple dijangka akan mengumumkan cip baharu Apple Silicon untuk barisan komputer Mac memandangkan mereka boleh dikatakan berjaya terhadap macbook dengan cip M1.

Sumber: Digitimes via 9to5mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY