Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan

Satu demi satu telefon pintar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan kali ini merupakan giliran Vivo pula.

Model V11 dan V11i dilihat sudah boleh mula dibeli secara pra tempah dibeberapa laman beli belah dalam talian.



Dijual pada harga RM1699, Vivo V11 dilihat membawakan spesifikasi sistem imbasan cap jari dalam paparan sepertimana Vivo X21 dan Vivo NEX.

Skrin yang digunakan adalah dari jenis Super AMOLED 6.4 inci dengan paparan Halo FullView dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.27%.

Ia turut menampilkan cip Snapdragon 660 bersama dengan RAM 6GB dan storan sebesar 128GB. Dijana dengan bateri berkapasiti 3400mAh yang dicas menggunakan Dual Engine Fast Chargin.

Untuk tetapan kamera, ia menggunakan gabungan dwi piksel 12MP dan 5MP. Sementara dibahagian hadapan dilengkapi dengan lensa 25MP disokong ciri beautify dari bantuan AI.



Model "adik", V11i pula membawakan skrin IPS FHD+ 6.3 inci dipacu dengan cip Helio P60, ruang storan 128GB, RAM 4Gb, sensor pengimbas cap jari dibelakang, dwi lensa belakang 16MP dan 5Mp, kamera selfie 25MP dan bateri 3315 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging. Ia diletakkan pada nilai RM1299.

Kedua-duanya mempunyai rekaan takuk kecil sama seperti OPPO F9 dan untuk membuat tempahan anda boleh layari Shopee atau Lazada.