Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM_Pre-Order-Now KV

Pra-Tempah HONOR 50 Sekarang Untuk Ganjaran Sehingga RM550

Diterbitkan Oktober 20, 2021 · Dikemas kini Oktober 20, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia pada beberapa hari lepas, HONOR 50 kini boleh mula dipra-tempah mulai 18 Oktober sehingga 24 Oktober 2021. Bagi anda yang merindui pengalaman menggunakan GMS (Google Mobile Services) bersama EMUI di peranti Huawei, HONOR 50 mungkin sesuai kerana ia hadir dengan GMS di mana pengguna kini bebas melayari aplikasi YouTube, GMail dan lain-lain.

Dilengkapi dengan skrin OLED melengkung 6.57 inci, bateri sebesar 4300mAh, serta cip Qualcomm Snapdragon 778G 5G, kamera belakang sebesar 108MP, harga HONOR 50 bagi versi 6GB + 128GB ialah RM1,699 manakala versi 8GB + 256GB pada RM1,999.

Pra-Tempah HONOR 50 Sekarang Untuk Ganjaran Sehingga RM550

Istimewanya, pelanggan yang melakukan pra-tempah akan mendapat ganjaran sehingga RM550. Ganjaran bernilai RM250 (sarung tali tangan bersama jaminan lanjutan 1+1) bagi versi 6GB + 128GB manakala ganjaran bernilai sehingga RM550 (HONOR Earbuds 2 Lite, sarung tali tangan serta jaminan lanjutan 1+1) pula bagi versi 8GB + 256GB.

Pra-Tempah HONOR 50 Sekarang Untuk Ganjaran Sehingga RM550

Pra-tempah boleh dilakukan di kedai HONOR (fizikal dan dalam talian), Senheng, SenQ, Lazada dan Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga:

  • HONOR 50 Akhirnya Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1699
  • Menarik Minggu Ini: iPhone Tiada ‘Port’? HONOR Mungkin Kena ‘Ban’? Dron Besar Di Malaysia
  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY