PPIM Lancar Aplikasi Kenal Pasti Perkhidmatan Mengelirukan Dan Bersifat Scam

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah melancarkan aplikasi yang dapat membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam (penipuan).

Aplikasi yang dikenali sebagai YAKIN itu dibangunkan secara bersama dengan Crescent Digital Sdn Bhd.



PPIM menyatakan mereka berharap aplikasi YAKIN ini membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, sebagai sebuah aplikasi gaya hidup muslim, YAKIN menyediakan fitur waktu solat, kiblat, doa harian dan pelbagai lagi.

YAKIN juga menjadi platform untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM, seperti aduan, sumbangan derma dan informasi serta berita paling terkini.

Aplikasi YAKIN ditawarkan menerusi  Google Play, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery secara percuma.

Baca juga: