Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Diterbitkan Januari 25, 2022 ยท Dikemas kini Februari 11, 2022 oleh Faiz Munir

Sekarang, sudah banyak kedai mula menggunakan kemudahan pembayaran tanpa wang (cashless) seperti menggunakan kad debit, aplikasi e-dompet seperti Touch ‘n GO, Boost dan juga daripada perhidmatan perbankan seperti DuitNow.

Dengan menggunakan kemudahan ini, ia lebih memudahkan kerana pengguna tidak perlu pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Tambahan, pengguna boleh menambah nilai aplikasi e-dompet di mana-mana dengan beberapa langkah mudah asalkan kawasan tersebut mempunyai liputan internet.

Pada kebiasaannya, aplikasi perbankan mahupun e-dompet akan meminta pengesahan keselamatan seperti kata laluan atau nombor PIN untuk melakukan transaksi. Tetapi tahukah anda yang fungsi QRPay pada aplikasi Maybank2U My dan MAE membenarkan pengguna untuk mengaksesnya tanpa pengesahan keselamatan?

Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan
Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan
Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Mungkin Maybank ingin mempercepatkan pengguna mengakses fungsi ini bagi memudahkan lagi transaksi. Namun tidak dinafikan, jika terlalai, mungkin ada yang akan mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi kemudahan QRPay ini.

Menurut wakil daripada Maybank, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk menghalang orang lain daripada menggunakan fungsi QRPay ini.

Pertama, mengunci telefon pintar anda menggunakan PIN, kata laluan atau corak (pattern). Pastikan tiada sesiapa yang tahu kata laluan anda.

Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Seterusnya, tidak membiarkan telefon pintar anda tanpa pengawasan. Mungkin ada dalam kalangan anda yang berkongsi kata laluan telefon pintar anda bukan? Jika ada, pastikan anda mengawasi telefon pintar anda ketika orang lain menggunakannya.

Selain itu, tetapkan had transaksi QRPay. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika ada yang cuba salah guna fungsi ini, kehilangan yang anda hadapi tidak begitu besar.

Akhir sekali, sentiasa menyemak aktiviti akaun anda jika berlaku sebarang pencagahan atau transaksi yang tidak dibenarkan.

Itu antara langkah yang dikongsikan oleh wakil Maybank. Sebagai langkah tambahan, kami juga menyarankan anda untuk menggunakan fungsi App lock pada yang tersedia pada telefon pintar anda. Jika tiada, anda boleh muat turun aplikasi App lock pihak ketiga yang anda boleh dapati dari Play Store atau AppStore.

Waspada, Fungsi QRPay Pada Aplikasi M2U & MAE Rupanya Boleh Diakses Tanpa Pengesahan

Diharap dengan perkongsian ini, anda lebih berwasapada daripada dimanipulasi oleh orang lain untuk kepentingan jahat.

Baca juga:

  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Wahed Keluar Kenyataan Rasmi, Pelabur Di Malaysia Tiada Kaitan Dan Tidak Terkesan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY