Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme narzo 30

Poster Siri realme Narzo 30 Didedahkan, Ini Spesifikasi Utamanya

Diterbitkan Februari 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Belum lagi reda dengan pelancaran realme Narzo 20 tahun lalu dan realme X7 Pro pada Januari tahun ini, sekali lagi realme akan melancarkan telefon pintar baharu dalam masa terdekat.

Telefon baharu yang dikatakan ini adalah generasi ketiga dalam siri Narzo iaitu realme Narzo 30.

Pengguna Twitter yang dikenali Shubham telah memuat naik satu poster yang menunjukkan telefon pintar realme Narzo 30 Pro.

Berdasarkan poster tersebut, telefon ini menggunakan cip Dimensity 800U 5G dengan paparan yang menyokong kadar penyegaran 120Hz dan mungkin menggunakan panel LCD.

realme narzo

Belakang telefon ini dilihat hadir dengan modul kamera segi empat tempat yang mungkin mempunyai tiga kamera atau empat kamera.

Sementara bagi realme Narzo 30A, ia hadir dengan modul kamera berbentuk petak dan akan menyokong imbasan cap jari pada sisi telefon pintar.

realme dijangka melancarkan siri ini di India seawal 24 Februari dan bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi memandangkan ia telah pun menerima pengesahan SIRIM baru-baru ini.

Sumber: Shubham via mysmartprice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY