
Menyentuh spesifikasi, realme X7 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.55-inci Super AMOLED dengan resolusi Full HD+, sokongan kadar segar semula 120Hz serta input sentuhan 240Hz. Ia turut dimuatkan dengan paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 32MP.
Dari segi janaan kuasa, realme X7 Pro dimuatkan cip pemproses MediaTek Dimensity 1000+ yang juga menyokong rangkaian 5G. Ia hadir dengan gandingan memori 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Untuk kamera belakang, ia mempunyai tetapan empat lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut lebar, 8MP makro dan 2MP depth.

realme X7 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

Ia turut menyokong gamut warna 100% P3, DCD serta kecerahan 800 nits. Antara lainnya adalah sokongan Wi-Fi 6, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, realme X7 Pro ditawarkan pada harga RM1,999. Pembelian boleh dilakukan bermula 2 Februari 2021 melalui platform pembelian dalam talian Shopee. Potongan harga RM50 turut diberikan bagi pembelian pada hari tersebut.
Berkaitan
- Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang
- Samsung Beri Baucar Bernilai Sehingga RM50,000 Sempena Super Brand Day Di Shopee
- Huawei Lancar TV OLED Pertama, Vision X65 Dengan Kadar Segar 120Hz
- OnePlus Buds Turut Diumumkan, Ditawarkan Pada Harga RM399
- WhatsApp Ada Kelemahan, Boleh Sebabkan Akaun Pengguna Digantung
- Lebih Jimat Belanja Di Lazada Sepanjang Mac, Ada Diskaun Sehingga 90%
- Buang Segera Aplikasi Pengimbas Kod QR Ini Dari Peranti Android Anda
- GDL Tidak Dikenakan Kepada Penghantar P-Hailing, Akan Perkenal Lesen Vokasional Baharu
- Twitter Spaces Bakal Hadir Dengan Versi Web
- Sebahagian Mac mini Dengan Cip M1 Sebenarnya Dibuat Di Malaysia