OnePlus Nord CE 5G - Peranti OnePlus 'Yang Teramatlah Sederhana'

OnePlus telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar mereka iaitu OnePlus Nord CE (Core Edition) 5G untuk pasaran tempatan pada pertengahan Jun lalu.

OnePlus Nord CE 5G dikuasakan oleh cip pemprosesan 750 5G dengan paparan skrin berukuran 6.43 inci fluid AMOLED 90Hz, bateri berkapasiti 4500mAh serta pengecasan Warp Charge 30T Plus.

Ia juga dilengkapi dengan tri-kamera di bahagian belakang (64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro) serta kamera swafoto 16MP.



Terdapat 2 varian ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu OnePlus Nord CE 5G RAM 8GB dengan storan 128GB serta RAM 12GB dengan storan 256GB.

Apa yang menjadikan telefon pintar ini istimewa adalah ia tersedia menyokong rangkaian 5G serta harganya yang mampu milik.

Tetapi secara keseluruhan, bolehlah dikatakan yang OnePlus Nord CE 5G ini adalah peranti OnePlus 'yang teramatlah sederhana'.

Tiada yang terlalu istimewa dengan rekaannya kerana ia hampir menyamai dengan rekaan model OnePlus Nord sahaja.

Apa yang boleh dikatakan adalah ia dilengkapi dengan spesifikasi sederhana serta binaan plastik bagi membolehkan OnePlus menawarkan peranti ini pada harga mampu milik. (OnePlus Nord menggunakan Corning Gorilla Glass di belakangnya).



Begitu juga dengan keupayaan kameranya yang sederhana biasa-biasa sahaja serta pengecasan pantasnya pun hanyalah sekadar 30W sahaja.

Tetapi mungkin menjadikannya ia sedikit berbeza dan istimewa berbanding model-model telefon pintar lain adalah OnePlus masih mengekalkan bicu audio 3.5mm pada peranti ini.

Juga bagi peminat sistem antaramuka OnePlus iaitu OxygenOS dengan rekaan UI yang ringkas dan lancar, telefon pintar terbaru dari oNEplus ini adalah yang harus berada dalam radar anda.



Apa yang dapat disimpulkan adalah OnePlus Nord CE (Core Edition) 5G ini adalah peranti dengan prestasi sederhana dan harga yang ditawarkan pun adalah berpatutan.

OnePlus Nord CE 5G ditawarkan dalam 3 pilihan menarik iaitu Blue Void, Charcoal Ink dan Silver Ray.

Ia dijual pada harga RM1399.00 bagi model RAM 8GB dengan storan 128GB. Manakala model OnePlus Nord CE 5G dengan RAM12GB serta storan 256GB pula berharga RM1799.00.

https://www.youtube.com/watch?v=J1K26AzELgk

Berkaitan