Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO Pad Featured Image

POCO Pad Kini Rasmi – Snapdragon 7s Gen 2, Bateri 10,000mAh

Diterbitkan Mei 23, 2024 ยท Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran barisan telefon pintar baharunya, POCO turut mengumumkan tablet pertamanya – POCO Pad untuk pasaran global.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Siri POCO F6 Dilancar - Snapdragon 8 Gen 2, Cas 120W, Harga Permulaan RM1799

Menyentuh spesifikasi, POCO Pad dilengkapi skrin LCD berukuran 12.1-inci dengan resolusi 2.5K serta sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz. Panelnya pula dilindungi Corning Gorilla Glass 3.

Tablet ini dijana cip pemproses Snapdragon 7s Gen 2 yang digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR4x dan 256GB storan dalaman yang berasaskan UFS 2.2.

POCO Pad_1

Kedua-dua kamera belakang dan hadapan dilengkapi sensor 8MP dengan sokongan rakaman video 1080p 30fps.

Bagi menghidupkan peranti, POCO Pad dibekalkan kapasiti bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan 33W melalui USB Type-C.

POCO Pad_3

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, serta menjalankan Xiaomi HyperOS berasaskan Android U. Dua pilihan warna tersedia iaitu Grey dan Blue.

Selain itu, POCO turut memperkenalkan POCO Smart Pen, Pad Keyboard dan Pad Cover yang dijual berasingan.

Harga dan ketersediaan

POCO Pad_2

POCO Pad diletakkan pada tanda harga $299 (~RM1,406). Buat masa ini, tidak diketahui bila atau sekiranya ia akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

Untuk pembelian POCO F6, layari kedai rasmi di Shopee atau Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY