Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO F3 GT

Peranti Gaming Redmi, POCO F3 GT Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mei 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak diperkenalkan di China pada penghujung April yang lalu, telefon gaming pertama Redmi, iaitu Redmi K40 Game Edition membuatkan ramai individu teruja.

Bahkan, sebelum ini juga kami melaporkan yang mana peranti tersebut berkemungkinan dijenamakan semula di bawah nama POCO.

Baca juga – Peranti Gaming Redmi Dijenamakan Semula Sebagai POCO

Kini, penantian tersebut akan berakhir kerana POCO India melalui akaun Twitter rasmi mereka telah mengacah kehadiran POCO F3 GT yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

"Locked & loaded, finger on the trigger" The next F is closer than you thought.

Good things come to those who wait, best things to those who never give up! pic.twitter.com/Pu7G6VZgFR

— POCO India (@IndiaPOCO) May 28, 2021

Meskipun begitu, rupa bentuk telefon tersebut tidak langsung kelihatan walaupun sedikit dalam video acah yang dimuat naik.

Baca juga – Telefon Gaming Pertama Redmi Dilancarkan, Harga Mampu MilikĀ 

Apa yang pasti ia adalah Redmi K40 Game Edition kerana ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 1200. Terdahulu, POCO F3 yang hadir juga adalah sebuah peranti Redmi K40.

Baca juga – POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia

Oleh itu, anda yang sedang menantikan ketibaannya diharap bersabar. Tidak mustahil POCO Malaysia akan membawanya masuk ke tanah air.

Sumber: POCO India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY