Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO M3 Pro 5G

POCO M3 Pro 5G Bakal Temui Peminat Tempatan Minggu Hadapan

Diterbitkan Mei 25, 2021 oleh Amsyar Latif

POCO pada minggu yang lalu telah memperkenalkan sebuah peranti baharu menerusi POCO M3 Pro 5G.

Pada mulanya kami berfikir ia tidak dibawa masuk kerana telefon tersebut hampir sama dengan Redmi Note 10 5G yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Baca juga – POCO M3 Pro 5G Dilancar, Mirip Redmi Note 10 5G Tapi Rekaan Berbeza

Namun, hari ini POCO mengesahkan bahawa peranti itu secara rasminya akan dibawa masuk buat pasaran tempatan pada minggu hadapan, iaitu 1 Jun jam 8 malam di Facebook rasmi POCO.

POCO M3 PRO

Melihat pada spesifikasinya, tidak perlu diceritakan kerana sememangnya sama seperti Redmi. Dikuasakan cip Dimensity 700, skrin 90Hz, bateri 5000mAh serta 3 lensa di bahagian belakang.

Baca juga – Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Apa yang membezakan kedua-duanya adalah pada panel belakang POCO M3 Pro 5G sahaja yang mempunyai kemasan berlainan.

POCO M3 Pro

Jangkaan harga berkemungkinan adalah lebih kurang Redmi Note 10 5G. Oleh itu, telefon ini sesuai bagi peminat tegar jenama POCO.

Sumber: Siaran Akhbar POCO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY