Beberapa hari yang lepas, POCO mengacah kehadiran telefon baharu dalam siri M3 iaitu POCO M3 Pro 5G. Kini, ia secara rasmi diperkenalkan sebentar tadi.
Bila sebut tentang POCO, semestinya mereka dikaitkan dengan peranti yang hanya dijenamakan semula. Ya, telefon ini mirip Redmi Note 10 5G yang akan tiba di Malaysia pada 20 Mei ini.
Baca juga – Redmi Note 10 5G Dengan Dimensity 700 Masuk Malaysia Esok
Namun, bukanlah “copy & paste“ kerana rekaannya kali ini diberi nafas baharu dan tidak kelihatan pelik seperti mana pada POCO M3.
Bagi menguasakan POCO M3 Pro, mereka memilih cip Dimensity 700 dengan padanan memori 4/6GB RAM dan storan dalaman 64/128GB (UFS 2.2).
Turut dimuatkan bateri 5000mAh, kecil sedikit berbanding model POCO M3 biasa dengan sokongan pengecasan 18W dan didatangkan pengecas 22.5W di dalam kotak.
Baca juga – Peranti Gaming Redmi Dijenamakan Semula Sebagai POCO
Pada bahagian hadapan menampilkan skrin berukuran 6.5 inci FHD+ dari panel IPS LCD dan dilindungi Corning Gorilla Glass 3 serta kadar penyegaran 90Hz.
Bahagian belakang pula, masih lagi menawarkan tetapan 3 lensa – 48MP utama, 2MP untuk bantuan bokeh dan 2MP makro. Sementara lensa swafoto adalah 8MP.
Dengan tiga pilihan warna diberikan, iaitu POCO Yellow, Black dan Cool Blue, ia dijual dengan tanda harga €159 (~RM800) untuk varian 4/64GB manakala €179 (~RM900) untuk varian 6/128GB.
Seperti biasa, kita perlu menunggu khabar daripada POCO sama ada ia akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak.
Sumber: POCO