Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS Malaysia Sediakan WhatsApp Chatbot, Lebih Mudah Dapatkan Bantuan Kecemasan

PLUS Malaysia Sediakan WhatsApp Chatbot, Lebih Mudah Dapatkan Bantuan Kecemasan

Diterbitkan Disember 22, 2023 · Dikemas kini Disember 22, 2023 oleh Amal Addin

Memandangkan sekarang adalah musim cuti sekolah, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk pergi bercuti. Pihak PLUS Malaysia telah menyediakan sebuah platform kepada pengguna lebuh raya PLUS sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan lebuh raya atau ingin mendapatkan bantuan kecemasan.

Dengan adanya platform ini, sebarang maklumat atau bantuan yang diinginkan dengan lebih pantas. Platform tersebut diberi nama Chatbot PLUS Texting Realtime Interface (PUTRI) yang boleh didapati dalam aplikasi Whatsapp di talian 019-356 9802. Putri juga mampu berinteraksi dengan dwibahasa.

PLUS Malaysia memilih aplikasi WhatsApp kerana ia merupakan platform yang lebih stabil dan popular serta mempunyai pengguna yang ramai. Jika anda ingin mendapatkan bantuan, tulis ‘reply6’. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang PUTRI.

Screenshot 2023-12-22 112356

Antara perkara lain yang boleh anda ajukan kepada Chatbot PUTRI seperti maklumat trafik, kadar tol, pertanyaan umum, produk dan kemudahan, promosi dan acara, memberi maklum balas, melapor kejadian dan lain-lain lagi.

Dengan bantuan Chatbot PUTRI, petugas di Pusat Pemantaun Trafik (TMC) PLUS akan memberi tumpuan yang lebih kepada panggilan kecemasan. Koordinasi bantuan yang diperoleh juga akan lebih lancar supaya dapat membantu pengguna lebuh raya yang berada dalam kesusahan atau kecemasan.

Sumber: PLUS Malaysia

Berkaitan

  • Cara Lihat CCTV Lebuhraya PLUS, LPT Dan Lain-Lain
  • Bagi Elakkan Kekeliruan, MLFF Bukan Lagi Bermaksud Multi Lane Free Flow
  • Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara "Live"
  • Senarai Lebuh Raya Yang Terima Pembayaran Kad Debit Dan Kredit Setakat Ini
  • Tol Percuma Bermula 23 Dan 26 Disember 2023 Sempena Krismas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY