Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS RFID

PLUS Keluar Jadual Perjalanan Trafik Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Diterbitkan Januari 18, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut hujung minggu ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual pergerakan trafik bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

PLUS mencadangkan, pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi.

Ia adalah bagi mengelakkan daripada bertembung dengan perjalanan pengguna yang menghala ke destinasi yang lebih dekat pada tempoh tersebut.

Sementara pengguna yang menghala ke destinasi-destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang dinasihatkan mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

PLUS Keluar Jadual Perjalanan Trafik Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

PLUS menjelaskan, cadangan perjalanan yang diberikan ini adalah berdasarkan analisa PLUS tentang data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim-musim perayaan yang lalu.

PLUS juga menasihatkan pengguna RFID supaya memastikan baki e-Dompet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

Pengguna juga perlu pastikan masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Google Translate - Lebih Banyak Bahasa Yang Boleh Diterjemah Tanpa Sambungan Internet
  • Cip M2 Pro Dan M2 Max Diumumkan - Cip Lebih Berkuasa Untuk MacBook Pro Dan Mac Mini Baharu

Sumber: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY