Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS Portal

PlayStation Portal Terima Kemas Kini Baharu – Sokong Mod 1080p ‘High Quality’

Diterbitkan Mac 18, 2026 · Dikemas kini Mac 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Sony mula melancarkan kemas kini sistem baharu untuk PlayStation Portal secara global bermula 18 Mac, membawa peningkatan dari segi kualiti visual dan pengalaman penggunaan.

Antara ciri utama ialah mod 1080p High Quality, yang membolehkan pemain menikmati penstriman permainan dengan bitrate lebih tinggi berbanding mod standard.

ps portal 1080p high quality mode

Ini memberikan visual lebih tajam dan pengalaman permainan yang lebih lancar ketika menggunakan Remote Play atau Cloud Streaming.

Selain itu, pengalaman Cloud Streaming turut dipertingkat dengan beberapa penambahbaikan seperti paparan baharu untuk memilih permainan dalam bundle, notifikasi jemputan permainan secara masa nyata serta notifikasi trofi yang kini lebih jelas dengan nama dan imej.

ps portal cloud streaming

Sony juga menambah baik fungsi carian serta pengalaman onboarding, di mana pengguna baharu kini boleh mencipta akaun dengan lebih mudah hanya melalui imbasan kod QR menggunakan telefon pintar.

ps portal qr

Dengan kemas kini terbaru ini, pengalaman penggunaan PS Portal jauh lebih baik berbanding dahulu.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY