Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 6

Pixel 6 Tak Boleh Dicas Dengan Kabel Murah, Pastikan Masyuk Baru Beli

Diterbitkan Disember 1, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Pixel 6 adalah keluaran terbaru daripada Google dan peranti pertama menggunakan cip Google Tensor. Semenjak dilancarkan, banyak isu dilaporkan pengguna seluruh dunia termasuk baru-baru ini isu dengan aplikasi DJI.

Terbaru, banyak pengguna melaporkan telefon mereka tidak dicas apabila disambungkan pada sesetengah pengecas atau kabel walaupun berfungsi pada telefon lain.

Salah seorang pengguna Pixel di laman sokongan Pixel melaporkan perantinya tidak dicas mahupun memberikan sebarang notifikasi apabila dicas dengan pengecas sedia ada di rumahnya. Sebaliknya, peranti tersebut langsung dicas seperti biasa apabila disambungkan pada pengecas iPhone USB-C bersama kabel asli Pixel.

Selepas membeli aksesori baru dengan pelbagai jenama, dia mendapati bahawa Pixelnya hanya dicas dengan aksesori yang diiktiraf Power Delivery (PD). Piawaian PD ialah piawaian rasmi untuk kesemua peranti USB-C untuk keselamatan peranti dan kesihatan bateri.

Namun, perkara ini tidak seharusnya menjadi kejutan kerana Google telah menyatakan perkara ini di laman sokongan Pixel mereka.

“Other Android cables and power adapters might not work with Pixel phones.”

Langkah ini mirip apa yang dilakukan Apple beberapa tahun dahulu yang menyekat pengguna menggunakan aksesori tidak asli pada iPhone mereka namun telah ia telah dihentikan.

Apa pendapat anda tentang ini? Apakah ia satu perkara yang baik demi keselamatan pengguna atau cubaan pengeluar mendesak pengguna membeli produk mereka?

Baca juga:

  • Pixel 6 Cas Bateri Perlahan, Ini Jawapan Google
  • Pixel 6A Mungkin Hadir Dengan RAM Sehingga 8GB Dan Tiada Bicu Audio
  • Lagi Masalah Dialami Pengguna Pixel 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY