Pixel 4 Mungkin Berupaya Merakam Pemandangan Langit Waktu Malam Lebih Jelas

Kebolehan merakam foto pada kamera telefon pintar sentiasa dipertingkatkan pada setiap model yang dilancarkan. Namun begitu, prestasi sebenar kamera dicabar melalui rakaman waktu malam, sama ada ia berjaya merakam foto dengan jelas dan kemas ataupun tidak.

Berdasarkan satu video promosi yang mula tersebar, peranti keluaran akan datang iaitu Google Pixel 4 akan diberikan peningkatan pada rakaman waktu kurang cahaya termasuklah keupayaan merakam bintang dilangit luas pada waktu malam melalui mod Astrofotografi.

Mod Night Sight yang tersedia pada Pixel ketika ini merakam foto dengan shutter speed antara 2 hingga ke 6 saat. Namun begitu, sekiranya Google mampu meningkatkan lagi shutter speed  berkenaan, pemgguna mampu mendapatkan imej yang lebih baik lagi tanpa memerlukan tripod.

Selain daripada itu, video turut menampilkan isyarat sentuhan Motion Sense, berfungsi untuk melangkau lagu yang dimainkan atau membuka aplikasi berbeza. Difahamkan ciri ini tidak ditawarkan secara global.

Satu lagi ciri yang dipertontonkan adalah arahan suara pada Google Photos yang mana ia akan membuat carian foto lebih spesifik serta menghantarnya kepada penerima melalui Messages. Kesemua proses ini dilakukan hanya menggunakan arahan suara yang ringkas.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=45&v=_Fz7b3I0Dso

Tarikh pelancaran Pixel 4 masih belum diumumkan lagi tetapi ia dijangka membuat kemunculan pada bulan Oktober hadapan.