Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pihak Berkuasa A.S Berjaya Tumpaskan Laman Jual Beli Data Terbesar SSNDOB

Pihak Berkuasa A.S Berjaya Tumpaskan Laman Jual Beli Data Terbesar SSNDOB

Diterbitkan Jun 9, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (D.O.J) memaklumkan bahawa pihak mereka bersama-sama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain iaitu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan IRS (Internal Revenue Service) telah berjaya menumpaskan sindiket jual beli data terbesar yang dikenali sebagai SSNOB.

SSNOB merupakan pasar gelap atas talian yang melakukan aktiviti jual beli data yang dianggarkan melibatkan data 24 juta rakyat A.S.

Data-data yang dijual itu termasuklah nama, nombor keselamatan sosial dan tarikh lahir.

Kejayaan itu turut dicapai dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak berkuasa Cyprus dan Latvia.

Sebanyak 4 hos domain SSNOB berjaya dihapuskan menerusi operasi bersepadu pada 7 Jun 2022 iaitu “ssndob.ws,” “ssndob.vip,” “ssndob.club,” dan “blackjob.biz.”.

D.O.J dalam satu kenyataan mendedahkan, laman sesawang itu telah mengaut keuntungan lebih daripada USD19 juta hasil daripada aktiviti jual beli data.

Sumber: Department of Justice

Baca juga:

  • realme GT Neo 3 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Minggu Depan
  • CEO Nokia: Telefon Pintar Akan Pupus Tahun 2030, Beralih Ke Cip Implan
  • (Ulasan) realme 9 Pro+ Free Fire Edition – Tak Susah Nak ‘Booyah’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY