Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PICO 4 Amazing Deals 1

PICO 4 Ada Potongan Harga Sempena Jualan Krismas

Diterbitkan November 30, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Peminat-peminat peranti VR pasti akan berasa teruja apabila syarikat PICO sedang menawarkan jualan istimewa sempena musim Krismas yang bakal hadir.

Tawaran ini hadir dengan set all-in-one serta beberapa hadiah percuma untuk direbut pada waktu-waktu yang tertentu.

Jualan ini bermula dari 3 sehingga 25 Disember di mana PICO 4 akan dijual pada harga RM 1,599 untuk 128GB manakala RM 1,899 untuk 256GB. Kedua-dua variasi ini hadir dengan empat permainan tambahan bernilai RM476.93.

Keempat-empat permainan tersebut digabungkan sebagai Christmas Pack oleh PICO. Ini adalah termasuk LesMills Body Combat, Superhot VR, In Death: Unchained dan MultiBrush.

Tambahan pula, terdapat empat permainan juga untuk pek permulaan PICO iaitu All-in-One Sports VR, Down The Rabbit Hole, OhShape, dan After The Fall.

Selain daripada itu, terdapat hadiah percuma tambahan yang mengandungi sarung PICO 4, Lens Protector dan Sweat Proof Silicone Cover. Setiap pembelian PICO 4 sepanjang tempoh promosi ini akan memperoleh penjimatan sehingga RM 600.

Untuk memeriahkan lagi jualan ini, PICO telah menjalankan tawaran pantas 24 jam khususnya pada 12 Disember dan 25 Disember.

Pada waktu itu, PICO Neo 3 Link akan diturun harganya kepada RM999 berbanding dengan harga asal iaitu RM 1,599.  Pembelian ini juga hadir dengan permainan percuma dari pek permulaan dan Christmas Pack.

Berkaitan

  • Kuo: Protes Di Kilang Foxconn, Penghantaran iPhone 14 Pro Dijangka Jauh Lebih Rendah
  • Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022
  • Meta Nafi Laporan Berkenaan Ketirisan Data Melibatkan 11 Juta Akaun WhatsApp Dari Malaysia
  • YouTube Music's 2022 Recap Kini Tersedia Dengan Gaya Penceritaan Yang Baharu
  • MIUI 14 Rasmi Esok, Dikatakan Lebih Ringan

Kesemua tawaran ini bakal tersedia dan boleh dibeli di Lazada, Shopee dan TikTok Shop sementara stok masih ada.

Beli PICO 4 di:

Shopee – https://shope.ee/30ENJ8Kxms

Lazada – https://invol.co/clf8xgw

Sumber: Siaran Akhbar PICO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY