PewDiePie Dibuang Daripada YouTube Red dan Disney Maker Studio

Seorang bintang YouTube iaitu Felix Kjellberg (SHEHL'-burg) atau nama samaran beliau PewDiePie digugurkan daripada Disney Maker Studios. Pengumuman dibuat selepas The Wall Street Journal melaporkan bahawa Kjellberg telah mencatatkan sembilan video anti-Yahudi sejak Ogos yang lepas.

Felix Kjellberg juga dikeluarkan daripada program pengiklanan Preferred Google dan musim ke-2 rancangan realiti beliau iaitu Scare PewDiePie bersama YouTube Red turut dibatalkan berhubung kontroversi mengenai imej Nazi dan rujukan anti-Yahudi dalam video di YouTube sejak enam bulan yang lalu.

Kjellberg telah mengumpul lebih daripada 53 juta subscribers di akaun YouTube dan memiliki salah satu daripada penonton terbesar di YouTube dengan menyiarkan klip dirinya bermain dan bercakap tentang permainan video disertakan dengan ulasan kelakar.

Maker Studios berkata dalam satu kenyataan bahawa Kjellberg telah menyebar unsur"provokatif dan kurang sopan" kepada pengikut-pengikutnya. Kjellberg memberi penjelasan melalui laman akaun Tumblr miliknya pada ahad yang lalu bahawa kandungan video yang di siarkan adalah semata-mata untuk hiburan dan tidak bermaksud apa-apa.

Sumber