Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tablet Android vivo Mungkin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Pesaing Xiaomi Pad 5? Mungkin Ini Spesifikasi Tablet vivo

Diterbitkan Februari 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Khabar tentang kehadiran tablet pertama vivo bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini mereka dilaporkan telah memfailkan tanda dagang bagi vivo Pad. Kemudian, ia disahkan sendiri oleh pihak vivo yang mana tablet tersebut akan dilancarkan tahun ini.

Desas-desus mendakwa vivo Pad bakal dilengkapi cip Snapdragon 870, skrin 11 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri berkapasiti 8040mAh serta pengecasan pantas 44W.

Terbaru, bloger terkenal Digital Chat Station mengatakan paparannya beresolusi 2560×1600. Bersamanya juga, terdapat kamera hadapan 8MP. Manakala bahagian belakang mempunyai dua kamera, iaitu 13MP utama dan 8MP yang mungkin sudut ultra lebar.

Dijangka, panel belakangnya hadir sepertimana peranti vivo yang kita sudah lihat sebelum-sebelum ini di mana teksturĀ matte dan mungkin boleh berubah warna.

Sekiranya benar, vivo Pad ini akan menjadi pesaing terdekat bagi Xiaomi Pad 5 yang hadir buat pasaran tempatan pada September lalu memandangkan spesifikasinya hampir sama.

Sumber: Digital Chat Station

Baca juga:

  • Microsoft Perbetulkan Isu Pepijat Windows 10 Dari Kemas Kini Januari

  • Nintendo Mengacah Pengganti Konsol Switch, Zelda BotW 2 Mungkin Dilancarkan Tahun Ini

  • Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY