Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g

Pertama Seumpamanya Di Malaysia, Yes 5G Kuasakan Operasi Robot Dan AI Clarion Malaysia

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat pembekal automotif global yang mengkhusus dalam peralatan Infotainment Dalam Kenderaan (IVI), Clarion Malaysia hari ini mempamerkan barisan hasil pembuatan termajunya yang dikuasakan oleh 5G.

Ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang dijanakan oleh Rangkaian Persendirian Yes 5G YTL Communications, serta penyelesaian pekilangan pintar Cnergenz.

Cnergenz menyediakan kemudahan pintar Clarion Malaysia dengan penyelesaian pembuatan berdaya 5G, termasuk pengimbas pintar, rak pintar, kaunter automatik sinar-X dan Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) untuk mengautomasikan dan meminimumkan kesilapan manusia, daripada pengurusan bahan masuk hingga pemasangan dan penghantaran akhir produk dari tingkat kilang ke gudang.

Kemudahan pintar Clarion Malaysia menggunakan sambungan rangkaian Yes 5G Persendirian berkapasiti tinggi, kependaman ultra rendah untuk menyokong operasi kritikal dan keperluan keselamatan.

Secara kolektif, penyelesaian Rangkaian Persendirian Yes 5G ini menyediakan penyepaduan yang lancar dan komunikasi masa nyata antara pekerja dan jentera yang diatur oleh ERP dan PLM generasi akan datang daripada Dassault Systèmes, yang membawa kepada peningkatan ketara dalam kecekapan dan kualiti pengeluaran.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media YES 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY