Perkara Baharu Dalam Funtouch OS 13 Yang Dilancarkan Untuk Pengguna Global

Sistem operasi Funtouch OS 13 daripada vivo kini diedarkan untuk pengguna seluruh dunia. Antara muka ini adalah berdasarkan Android 13.

Untuk fasa awal ini, peranti pertama yang akan menerimanya ialah vivo X80 Pro manakala peranti lain akan diberikan secara berperingkat seluruh dunia.

Terus tatal ke bawah untuk tahu apa antara perkara baharu dalam antara muka Funtouch OS 13.

{snap}

Tema warna utama untuk keseluruhan sistem 




Kata vivo, Funtouch terbaru ini membenarkan kawalan yang lebih meluas untuk visual pada skrin utama. Dengan ciri ikon monokrom, pengguna boleh menukar warna ikon mereka untuk disuaikan berdasarkan hias latar (wallpaper).

Bukan setakat itu saja, malah warna utama juga boleh dipilih. Ia akan terpakai untuk keseluruhan sistem, aplikasi terbina, panel notifikasi, visual laras suara dan beberapa aplikasi lain.

Semak harga vivo X80

Lihat peranti promosi untuk jualan 11.11

{snap}

'Screen pinning' dan sembunyi gambar




Dengan ciri 'pinning', ia memberikan ruang privasi pada tuan peranti kerana apabila dihidupkan, orang asing yang menggunakan telefon tidak dapat mengakses aplikasi selain yang sudah dipilih tuannya.

Contohnya, jika anda sedang manatal Twitter, dan mahu menunjukkan kandungannya pada rakan, jika 'pin' Twitter, maka rakan anda tidak boleh bertukar atau buka aplikasi lain. Skrin akan kekal pada Twitter.

Selain itu, pengguna juga kini boleh menyembunyikan gambar dan video. Bukan hanya itu, pengguna boleh mengehadkan akses aplikasi terhadap gambar.

Semak harga vivo X80

Lihat peranti promosi untuk jualan 11.11

{snap}

iManager untuk urus memori




Dalam Funtouch OS 13, iManager akan bertugas memantau penggunaan aplikasi. Seandainya penggunaan CPU terlalu tinggi, pengguna boleh menutup aplikasi hanya dengan satu 'tap'.

Ia juga dapat mengelakkan masa haba melampau dihasilkan telefon kerana akan mengurangkan bilangan aplikasi aktif serta menyelaras frekuensi CPU berdasarkan ciri penyejukan telefon.

Semak harga vivo X80

Lihat peranti promosi untuk jualan 11.11

{snap}

Suntingan video lebih banyak ciri




Untuk fungsi penyuntingan video terbina oleh vivo pula, antara ciri baharu diperkenal ialah kebolehan pengguna untuk mendiamkan (mute) video sewaktu menyunting kandungan.

Dalam pada itu, pengguna juga boleh mengubah suara dengan terperinci pada setiap segmen dalam video.

Semak harga vivo X80

Lihat peranti promosi untuk jualan 11.11