Sudah menjangkiti lebih daripada 3 juta pengguna peranti Android.
Penyelidik keselamatan dari TrendMicro baru-baru ini mendedahkan sebanyak 49 aplikasi Android dalam kategori foto dan permainan yang ditawarkan di Google Play Store didapati membawa perisian hasad iklan di dalamnya.
Kesemua aplikasi itu dilengkapi ciri algoritma yang dikustomasi khas bagi membolehkan ia elak dikesan dari pihak Google dari mengetahui ia membawa perisian hasad di dalamnya.
Malah ia juga turut dilengkapi ciri daripada dinyah pasang dari peranti yang sudah dijangkitinya.
"These apps are typical adware, hiding themselves within mobile devices to show ads and deploying anti-uninstall and evasion functions." TrendMicro.
Walaupun kesemua aplikasi itu sudah pun dibuang oleh pihak Google, tetapi sebelum Google bertindak, aplikasi-aplikasi tersebut sudah dimuat turun lebih daripada 3 juta kali oleh pengguna Android di seluruh dunia.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Google telah bekerjasama dengan firma keselamatan luar dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan pada aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di Play Store.
Sepanjang tahun ini sahaja, beratus aplikasi yang ditawarkan di Play Store dilaporkan membawa perisian hasad di dalamnya yang telah didedahkan oleh pelbagai firma penyelidik keselamatan.
Kesemua perisian hasad itu pula disembunyikan oleh pembangun denagn pelbagai tujuan seperti bagi mengaut keuntungan mudah menerusi paparan iklan-iklan melampau, serangan ransomware, mencurui data peribadi pengguna dan macam-macam lagi.
Berkaitan
- Telefon Pintar Android Ini Yang Pertama Di Dunia "Menyokong" Kabel Lightning iPhone
- Bermula 2022 Google Akan Menggunakan Bahan Kitar Semula Pada Perkakasan Dan Peranti Mereka
- Thailand, Indonesia Dan Vietnam Antara Negara Yang Meminta Google Membuang Kandungan Dari Platfom Tersebut
- Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
- Sebanyak 11 Negara Meminta Apple Membuang Sejumlah 634 Aplikasi Dari App Store
- Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019
- Penemuan 2 Perisian Hasad Terbaru Menyerang Pengguna Windows
- Apple Beri Amaran Kepada Pengguna Di 92 Negara Tentang Ancaman Serangan Perisian Intip
- China Rancang Larangan Aktiviti 'Cosplay'
- PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah