Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (20)

Perbezaan Antara Apple Pencil Generasi 1, 2 Dan USB-C

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Muhd Idham

Apple Pencil kini telah mempunyai 3 generasi yang terdiri daripada Apple Pencil (1st generation), Apple Pencil (2nd generation) dan Apple Pencil (USB-C). Walaupun dengan reka bentuk yang kelihatan lebih kurang sama, tetapi ketiga-tiga versi produk Apple ini mempunyai perbezaan mereka yang tersendiri.

Apple Pencil (1st generation)

Featured Image – Wiser Article (18)

Apple mengeluarkan Apple Pencil (1st generation) pada tahun 2015 dengan tujuan untuk meningkatkan fleksibiliti iPad.

Sifatnya yang sensitif kepada tekanan dan kecondongan memudahkan pengguna mengubah berat garisan, mencipta teduhan yang halus dan menghasilkan pelbagai kesan artistik.

Keluaran Apple Pencil (1st generation) ini disertakan dengan penyesuai Lightning, pensel tip tambahan dan USB-C kepada penyesuai Apple Pencil yang hanya boleh digunakan oleh iPad generasi 10.

Ukuran panjang bagi pensel ini adalah 175.7 mm (6.92 inci), berdiameter 8.9 mm (0.35 inci) dan hanya seberat 20.7 gram sahaja.

Featured Image – Wiser Article (21)

Bateri pensel ini mampu bertahan selama 11 jam penggunaan yang berterusan dan mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk cas sepenuhnya.

Berikut adalah peranti yang serasi dengan Apple Pencil (Generasi 1):

  • iPad Pro (12.9 inci) – Generasi 1 dan ke-2
  • iPad Pro (10.5 inci)
  • iPad Pro (9.7 inci)
  • iPad Air – Generasi ke-3
  • iPad mini – Generasi ke-5
  • iPad – Generasi ke-6, 7, 8, 9 dan 10.

Kini di pasaran dengan harga RM479.

Apple Pencil (2nd generation)

Featured Image – Wiser Article (19)

Tidak kurang bezanya dengan Apple Pencil (Generasi 1) dari segi reka bentuk, generasi kedua ini dikatakan sesuai untuk kegunaan lukisan, lakaran, mewarna, mencatat nota dan banyak lagi.

Pensel ini juga membolehkan penggunanya untuk mengubah ketetapan alat dengan ketik dua kali di permukaan sentuhan.

Ukuran bentuknya hanya berubah pada panjangnya iaitu 166mm (6.53 inci) dan menyokong sambungan Bluetooth.

Ianya direka untuk iPad Pro, iPad Air dan iPad mini di mana keluaran ini mempunyai permuakaan rata di tepi yang disambungkan secara magnetik untuk pengecasan automatik tanpa wayar dan pemasangan serta merta.

Perbezaan Antara Apple Pencil Generasi 1, 2 Dan USB-C

Dengan kegunaan yang berterusan, pensel ini dapat bertahan selama 12 jam dan mengambil masa 20 ke 25 minit untuk dicas sepenuhnya.

Berikut adalah peranti yang serasi dengan Apple Pencil (Generasi 2):

  • iPad Pro (12.9 inci) – Generasi ke-3, 4, 5 dan 6
  • iPad Pro (11 inci) – Generasi 1, 2, 3 dan 4
  • iPad Air – Generasi ke-4 dan 5
  • iPad mini – Generasi ke-6

Kini di pasaran dengan harga RM599

Apple Pencil (USB-C)

Screenshot 2023-10-18 174732
Screenshot 2023-10-18 174754

Direka untuk kegunaan biasa seperti mencatat nota, melakar, menanda dokumen, membuat jurnal dengan kependaman rendah dan sensitiviti kecondongan, Apple Pencil (USB-C) dipasang dan dicas menggunakan kabel USB-C serta mempunyai kebolehan untuk melekat secara magnetik di tepi iPad untuk penyimpanan.

Berikut adalah peranti yang serasi dengan Apple Pencil (USB-C):

  • iPad Pro (12.9 inci) – Generasi ke-3, 4, 5 dan 6
  • iPad Pro (11 inci) – Generasi 1, 2, 3 dan 4
  • iPad Air – Generasi ke-4 dan 5
  • iPad mini – Generasi ke-6
  • iPad – Generasi ke-10

Boleh didapatkan dengan harga RM399 di pasaran pada awal November 2023.

Semoga perbandingan ini dapat membantu anda memilih dengan kesesuaian penggunaan anda.

Perbezaan Antara Apple Pencil Generasi 1, 2 Dan USB-C

Berkaitan

  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Mula Tersedia Di YouTube
  • X Mula Kenakan Bayaran Ke Atas Pengguna Mereka Di 2 Buah Negara
  • Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
  • Nothing Phone 1 Dapat Kemas Kini Nothing OS 2.0.4
  • ADATA Umum Memori Dan Storan SSD Berprestasi Mereka Sokong Penuh Intel Core Gen 14

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY