Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic4 pro

Peranti ‘Paling Berkuasa’ HONOR Magic4 Pro Hadir Awal Bulan Jun

Posted on Mei 12, 2022

HONOR Malaysia mendedahkan HONOR Magic4 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada awal Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li, berkata HONOR Magic4 Pro bakal menyelesaikan masalah pengguna yang sering tergesa-gesa untuk mengecas bateri peranti serta terdedah dengan ancaman keselamatan dan privasi.

Katanya lagi, teknologi tercanggih dalah peranti baru ini akan menyelesaikan masalah ketegangan mata akibat melihat skrin terlalu lama selain menawarkan kamera berkualiti.

Dalam pada itu juga, dikatakan Malaysia ialah salah sebuah negara utama dalam pelan pemasaran global HONOR dan sudah bersedia untuk memperkenalkan lebih 20 produk di pasaran Malaysia pada tahun ini.

Siri HONOR Magic ini nanti dilaporkan akan menawarkan teknologi flagship premium yang digemari oleh peminat teknologi.

Selain telefon pintar, dijangka HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro akan dipasarkan di pasaran Malaysia.

Untuk ketahui butiran lanjut tentang peranti HONOR Magic4 Pro, anda boleh baca di sini atau tonton video di bawah.

Sumber: Siaran akhbar HONOR Malaysia

Baca juga:

  • HONOR Lancar Siri Magic4 – Rupa Nampak Sama Tapi Lebih Berkuasa
  • Ada Yang Nak Tukar Selera? HONOR Magic4 Pro Akan Hadir Di Malaysia
  • Dapat Sambutan Di China, HONOR Magic4 Pro Akan Dilancar Di Malaysia Kelak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress