Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dapat Sambutan Di China, HONOR Magic4 Pro Akan Dilancar Di Malaysia Kelak

Posted on April 28, 2022

HONOR dilihat kembali memeriahkan semula pasaran Android  dengan pelancaran siri X tempoh hari iaitu HONOR X7, X8 dan X9.

Di China, HONOR nampaknya sudah mula menunjukkan peningkatan kedudukan dalam carta. Untuk suku pertama 2022, HONOR kini dinobatkan di tempat ke-2 selepas mendapat tempat ke-4 pada suku keempat dalam 2021.

Menurut penyedia khidmat nasihat telefon pintar CINNO Reserach, jualan HONOR meningkat sebanyak 176% untuk tahun ke tahun (year-on-year).

Antara model yang menjadi perhatian di China ialah HONOR Magic4 Pro yang dilancarkan dalam MWC 2022, menurut HONOR. Berita baiknya, peranti ini akan dibawa ke pasaran Malaysia secara rasmi nanti tetapi tarikh terperincinya tidak didedahkan lagi.

HONOR Magic4 Pro hadir dengan paparan LTPO 1920Hz yang pertama didunia dan dijana Snapdragon 8 Gen 1 5G.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga:

  • (Ulasan) HONOR MagicBook 16 – Harga Premium Tapi Tak Cukup ‘Umph’
  • HONOR X7, X8 Dan X9 Tiba Buat Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM699
  • HONOR MagicBook 16 Hadir Dengan Siri Ryzen 5000, Berharga RM4299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress