Peranti Oppo Mungkin Hadir Dengan Paparan Samsung Edge Tidak Lama Lagi

Oppo dilaporkan sedang dalam perancangan untuk menggunakan sistem paparan yang sama digunakan oleh peranti Samsung Galaxy S9 iaitu Samsung Edge pada peranti mereka pada masa hadapan. Ini bermakna mereka akan menggunakan skrin OLED yang sama seperti peranti Samsung berkenaan.

Perkara ini menjadi hangat apabila sebuah agensi penerbitan Korea, The Bell telah melaporkan bahawa Oppo telah pun menggunakan skrin tepi lengkung keluaran Samsung ini pada sebuah peranti mereka. Peranti yang tidak dinyatakan itu dijangka akan diperkenalkan pada Julai atau Ogos ini.



Harga bagi setiap skrin yang dipesan oleh Oppo itu dikatakan sekitar $100(~RM 399), jadi kita dapat menjangkakan bahawa Oppo akan menggunakan skrin ini pada peranti kelas perdana mereka. Harga bagi peranti yang menggunakannya juga dilaporkan akan sedikit meningkat.

Dalam perkembangan lain, Oppo akan melancarkan model Oppo Find X pada 20 Jun ini. Terdapat juga ura-ura berkenaan skrin ini akan digunapakai pada peranti ini namun kesahihannya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Sumber