Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Perang Tarif AS-China, Apple Turut Berdepan Risiko Siasatan

Diterbitkan Februari 6, 2025 · Dikemas kini Februari 6, 2025 oleh Amalina Athman

China dilapor sedang mempertimbangkan untuk membuka siasatan pelanggaran undang-undang persaingan terhadap dasar Apple dan yuran App Store.

Perkara ini berlaku sehari selepas China mengumumkan langkah-langkah yang menyasarkan perniagaan Amerika Syarikat termasuk Google, pengeluar peralatan pertanian, dan pemilik jenama fesyen Calvin Klein, beberapa minit selepas tarif baharu AS terhadap barangan China berkuat kuasa.

Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran (SAMR) China dikatakan sedang menyemak dasar-dasar Apple dan mengadakan perbincangan dengan syarikat itu sejak tahun lepas, khususnya mengenai komisen sehingga 30% bagi pembelian dalam aplikasi dan sekatan terhadap perkhidmatan pembayaran luaran serta App Store.

Terdahulu, pihak pengawal selia berkata Google juga disyaki melanggar undang-undang persaingan negara itu. Tiada butiran lanjut yang diberikan, namun spekulasi mengatakan siasatan itu berkemungkinan menjurus ke arah perniagaan sistem operasi Android.

Secara berasingan, Kementerian Perdagangan China berkata ia telah memasukkan PVH Corp, syarikat induk bagi jenama seperti Calvin Klein dan Tommy Hilfiger, serta syarikat bioteknologi AS, Illumina, dalam senarai “entiti yang tidak boleh dipercayai”.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • China Kenakan Tarif Balas Ke Atas Produk AS, Google Turut Disiasat
  • Australia Turut Haramkan DeepSeek Pada Peranti Kerajaan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY